Gaharu ini didapati pada bahagian dalam batang pokok karas iaitu berupa resin. Kayu-kayu gaharu ini mengandungi kandungan resin dalam pelbagai kuantiti dan kualiti dan dikelaskan kepada beberapa gred tertentu oleh pengusaha dan pencari gaharu. Penggunaan gaharu adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek daripada penggunaannya sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah kepada upacara keagamaan. Sifat minyak gaharu yang mampu mengekalkan wangiannya dalam jangkamasa yang lama juga merupakan kelebihan yang menjadikan pengusaha wangian menggunakannya sebagai minyak asas dalam campuran unutk membuat adunan minyak wangi. Menyedari tentang potensi gaharu sebagai satu sumber ekonomi baru di Malaysia terutamanya kepada penduduk luar bandar, beberapa program telah dijalankan oleh pihak tertentu untuk mrmajukan industri yang baru ini.
Kini usaha penanaman pokok karas sedang giat dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara ini. Pada umumnya terdapat dua spesies pokok yang menghasilkan gaharu iaitu Pokok Karas (Aquilaria spp.) dan Pokok Cendana (Gyrinops spp.) yang boleh dibincangkan dalam konteks ini. Proses terjadinya gaharu apabila pokok tersebut yang akan mengalami luka atau diserang penyakit dan kulat pada kulit dan batang yang menjangkiti pokok tersebut merebak ke dalam jaringan pembuluh kayu (vesel). Demi pokk untuk terus hidup, kulat tersebut akan menggunakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber tenaganya atau dikatakan sebagai makanannya secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kurang atau terhentinya proses penghantaran makanan kepada daun. Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuluh kayu. Hasil tindak balas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan 'resin' atau 'damar wangi' yang dinamakan sebagai gaharu. Bahan ini apabila dibakar akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri (Bau harum yang amat kuat). Kajian menunjukkan pokok karas yang mengeluarkan gaharu adalah dari keluarga Thymelaeceae yang mana terdapat sebanyak 25 spesis Aquilaria dijumpai di seluruh dunia.
Di Malaysia saintis melaporkan bahawa beberapa faktor harus dipertimbangkan dalam usaha penanaman pokok karas secara perladangan. Antaranya adalah seperti faktor dalam proses pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah penanaman, kaedah suntikan dan pasaran (Lihat foto benih disebelah). Pemilihan anakbenih yang tepat harus dinilai untuk meminimumkan risiko yang ada bertujuan mendapat hasil yang maksimum selepas tujuh tahun penanaman. Pemilihan anak benih sering menjadi persoalan yang mana satu paling sesuai untuk menghasilkan gaharu. Ini kerana terdapat dakwaan bahawa spesies A lebih baik dari spesies B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal serta dipengaruhi oleh banyak faktur tertentu. Sebaiknya kawasan penanaman pokok karas memerlukan habitat yang unik berbanding dengan pokok lain," katanya. Katanya, pokok yang sihat dan membesar dengan cepat biasanya menghasilkan gaharu yang sedikit berbanding pokok ditanam dikawasan lain. Pokok yang berhasil sering daripada pokok yang sakit atau 'stres' dan cedera. Keadaan ini sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu yang ujud di dalam hutan dimana dilaporkan pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu.
Teh dari pokok gaharu dijual.
Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran dan spesis yang menjadi pilihan pembeli dan ianya mempunyai harga yang tinggi. Spesies Aquilaria malaccensis merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Kajian jug ada menunjukkan kaedah penanaman dengan jarak penanaman 6 kaki x 6 kaki atau 10 kaki x 10 kaki menghasilkan jumlah kepadatan tanaman sebanyak 430 pokok atau 1,000 pokok seeka (0.4 ha). Adalah disyorkan agar penanaman secara integrasi adalah lebih baik kerana ia mengurangkan risiko. Cara intergrasi akan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Ini boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontan dan jarak tanaman yang sesuai bergantung kepada kesuburan tanah. Selepas pokok karas mencapai usia lima tahun bolehlah dibuat suntikan sejenis enzim dilakukan untuk merangsang penghasilan gaharu dan dibiarkan selama dua tahun sebelum mendapat hasil yang optima. Jika tidak dilakukan, pokok karas tidak akan mampu membentuk gaharu di dalamnya secara semulajadi maka gaharu terbentuk. Laporan juga menyatakan apabila pokok ini telah mencecah usia 20 - 40 tahun, ia akan melalui kecederaan fizikal atau serangan mikro organisma secara semulajadi.
Manfaat dari kayu gaharu sangat banyak diantaranya sebagai bahan asas wangi-wangian, anti mikro-oranisma, ubat sakit perut, bahan pengawet, bahan kosmetik dan sebagainya. Kajian juga mendapati bahan dari bahagian kayu, getah dab kulit pokok gaharu memang banyak. Antara kegunaannya adalag dari bahagian kayu gaharu sebagai bahan asas untuk dibakar (colok) yang menhhasilkan bau wangi kuat dipasang didalam kuil dan temple. Ia juga sesuai untuk dijadikan bahan asas dalam aroma terapi yang signifikan. Gaharu memang telah sejak berzaman digunakan dalam bahan asas membuat adunan ubat-ubatan serta bahan asas pembuatan minyak wangi (perfume). Selain itu kayu gaharu sebagai bahan asas bagi pembuatan sabun, shampo yang berbau harum atau wangi serta bahan campuran pembuatan komestik. Kayu gaharu juga sesuai dijadikan kraftangan dan bahan ukiran yang berbau wangi jika diletakkan dalam rumah.